
hey! insyaallah, dengan semangat yang masih tersisa. kami tetap dengan misi kami untuk membuat e-zine yang boleh didownload dengan free, boleh print ikut tekak anda color atau hitam putih, dan dikongsi bersama. we share because we care. ecehh.. hahah.
SindromMag adalah majalah papan luncur. jadi sila jangan jangka sesuatu yang boom! seperti muka surat yang banyak dan gambar gadis gadis yang menjolok mata. tapi kami akan cuba beri yang berkualiti dari segi isi kandungan. dan majalah ini tidak berkala. walaupun 5 helai kami akan keluarkan dan anda boleh download sesuka hati le. mungkin anda rasa majalah ini ada persamaan dengan majalah-majalah lain. tapi percayalah insyaallah kami akan bawa kelaianan.
ingat ini adalah projek non profit. kami tidak mengambil sebarang keuntungan kerana kami takde duit. tidak ada modal untuk terbitkan majalah. tapi kami ada minat. buat masa ini kami sebarkan secara free. jadi sila beritahu kawan-kawan.
jika anda ingin "terbit" dalam interview kami atau gambar sila hubungi kami.
ok thanks.
keluar dan skate.
yang benar,
hazairin budiman
co-founder of sindrom.foto.freak


2 orang bercakap:
mantap.! semoga suskses.!
baek!!!
Post a Comment