15.7.09



Sedikit update berkaitan sindromsk8. Kami bercadang mengeluarkan artikel-artikel berkaitan skateboarding di Malaysia beserta gambar juga video bagi memeriahkan lagi scene skateboarding di Malaysia. Perjalanan atau trip wakil-wakil sindrom akan didokumenkan sama ada dalam bentuk foto atau video dan akan dikongsi bersama di dalam webblog ini.Bermula minggu lepas, wakil kami, Cik Lia telah ke Lumut bagi mencari dan mendapatkan skaters bagi tujuan memberi coverage di setiap pelusuk tempat di Malaysia. Kami akan cuba menjelajah luar dari lembah klang mencari muka-muka baru dan bakat-bakat yang belum mendapat pendedahan di mana-mana majalah skateboarding di Malaysia dan kami cuba memeberi persepsi yang positif kepada mereka yang tidak pernah terlibat dengan skateboarding bahawa ianya bukan sahaja tertumpu di Lembah Klang tetapi meluas hingga ke ceruk-ceruk tempat lain seluruh negara.

Antara tempat-tempat yang dikenalpasti berpotensi mempunyai jumlah skateboarders yang hebat dan dalam perancangan kami ke sana:

(1) Terengganu
(2) Kuantan
(3) Langkawi
(4) ________________ (cadangan anda di ruangan komen)

Untuk post kali ni, sedikit teaser untuk rookie terbaru sindrom. Video penuh akan cuba disiapkan secepat mungkin. Semuanya atas dasar "Skate For Fun" dan bukan tujuan profit dan keuntungan atau lain-lain sebab. Komen dan pandangan semua pihak akan diambil serius untuk penambahbaikan.

SindromCrew

0 orang bercakap: