23.11.10

Sculpt or Die



Check this out guys, Sculpt or Die. For those yang into arts, action figure, Sculpt or Die menyediakan beberapa koleksi ukiran figura skateboarders macam Eric Koston, Jamie Thomas, John Cardiel dan banyak lagi.

20.6.10

Happy Go Skateboarding Day



Semua skateboarders, hari ini, 21 Jun, let's take over the streets. Jom skate. Ini hari, kita yang punya ha ha ha.

31.5.10

Skate Spot : Serdang Skatepark




Pernah sampai ke Sri Serdang? tak pernah? UPM? The Mines? tak pernah juga? Sila rujuk google map di atas untuk maklumat tepat. Lagi tepat jika anda pemilik sebuah helikopter, dan rujukan menggunakan google map sesuai dari pandangan atas helikopter. Sri Serdang adalah sebuah penempatan yang mempunyai kapasiti penduduk yang padat kerana terletak di pinggir Kuala Lumpur, dan mempunyai sebuah universiti iaitu UPM jika anda masih terkebil-kebil tidak tahu. Skatepark binaan MPSJ ini terletak di Serdang Jaya (rujuk peta di atas, yo!). Jika terdapat kelapangan, marilah skate di sini, bawa ramai-ramai, jangan lupa bawa satey sekali. Selamat berskateboarding~

Selaju Online Interview



Sila klik ke laman blog kelolaan Aidil Dulbahri juga dikenali sebagai Aidil Banting di http://selajuonlineinterview.blogspot.com/ untuk maklumat dan info berkenaan skateboarder tempatan. Selaju online interview ini berfungsi sebagai wadah penyebaran maklumat serta temuramah dengan skateboader tempatan beserta gambar-gambar yang A+. Mungkin satu hari nanti anda berpeluang ditemuramah di dalam laman blog ini. Support!

25.5.10

Beli Sekarang!




Nama yang tidak asing lagi dalam scene skateboarding Malaysia, Haizan di bawah label beliau, HOM-HOM telah mengeluarkan barangan (merchandise) untuk peminat serta penggemar streetwear tempatan. HOM-HOM X DECIDERS "Kuala Lumpur" starter cap antara koleksi yang perlu didapati. Dari respon yang bagus, dengar kata koleksi pertama ini habis di pasaran. Nantikan koleksi-koleksi yang akan diwar-warkan di laman web rasmi Haizan di http://hom-hom.com/.

23.5.10

Rookie: Mohd Hazrul Hashim





Nama : Mohd Hazrul Bin Hashim
Nickname : Zerool
Tarikh Lahir : 16/03/1985
Asal : Besut, Terengganu
Mula skate : 2000
Musik : Alternatif Rock
Skater/s : Andrew "The Boss" Reynolds (Int.),Local pula mana-mana saja yang sk8
kt scene serdang,besut dan dungun.aku respect cara diorang
berkembang ikut cara masing-masing.

Best thing/s about skateboarding :
"aku paling suka tentang sk8boarding bila sk8, soul aku kosong tenang dari segala masalah luar, hanya nampak sk8board dan obstacles je".

Dislike/s about skateboarding:
"yang paling aku tak suka bila time deck aku patah or setup aku rosak, aku kena stop sk8 kadang2 sampai 2minggu pasal nak dapatkan bekalan aku kena turun KL".

21.3.10

Asam Boi Racing Team

Selamat sejahtera.

Rasanya blog ini macam perlukan perubahan. Perubahan dari segala segi. We will be back shortly.

Azfar
Co-pilot
Sindrom.Foto.Freak